ukhwah syabab

Friday, October 28, 2011

Muhasabah Jumaat #1 :cara-cara Mengubati Hati Yang Terluka

salam... hidup ni xselalunye bahagia kekadang kita akan punah dan kecewa... tetapi kesedihan dan kekecewaan lah sebenar mendidik kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam... di sini ade beberapa cara yg syabab selalu gunakan kalo berada dalam keadaan luka perasaan ni..disebabkan perasaan xleh diubati dengan ubat2 difarmasi maka langkah yg diambil ni memanglah amek masa tp sedikit demi sedikit kita mendidik diri untuk menerima kekecewaan dan kesedihan dengan hati yang terbuka...



1. Didik diri untuk Melupakan Kenangan
bila kata melupakan bukan bermakna kene belajar cara-cara nk lupakan kisah lalu..tidak tp belajar untuk berdepan dengan realiti.. yup realiti itu sgt pedih sebab itu amek langkah secara slow2 jgn rush sgt nanti akan kecundang... selalu kesedihan tue berpunca dr kenangan pahit.. atau kenangan manis yg mendorong kekecewaan hari ini.. belajarlah untuk meletakkan kenangan hanya sebagai sejarah.. jangan dilayan sanagat perasaan tue.. bila layan tue yang kecewa n luka xhabis..huhu
2. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
sumber dr ILUVISLAM...
p/s: bila rase dilukai ingatlah ila kita sudah pulih belajarlah tuk tidak melukai org lain seperti mana anda pernah rase...sekurang2nya mendidik kita untuk sedar betapa sengsaranya hidup bila dilukai...

6 comments:

ReramaBiru said...

~entry yang sangat berguna..
kadang2 yang pahit tue boleh wat kita tersenyum di masa akan datang..pengalaman banyak mengajar kita :)

Anonymous said...

aku suak yang last tu. ketawa dan terus ketawa.

tp memaafkan itu lebih indah dari membenci.

dah soh jue makan sup ketam. nnt mak dia buatkan. sedap ke sup tu.

Anonymous said...

ok.akusmsm jue skrg jugak resepi ko.

makaseh banyak tau.

Anonymous said...

yeah..mmg sgt mujarab semua ni..

ni nk kongsi sikit lg..hehe..

cari quote2 yang sesuai utk menaikkan lg semangat..kdg2, cari lagu2 yang mengingatkan diri kita utk lebih bersyukur..cnthnye mcm lagu "jangan menyerah" from D'msiv..mksud lagu tu mmg kau2 punyo lah..hehe..

bace quran n slalu berdoa..kdg2 ayat doa kita sndiri penaik semangat kita sndiri..sbb bila berdoa, kite pasti nk nyatakan harapan kita..pasti kite akn lebih bersungguh2 n rasa lega..

itu aje..kesimpulannya, words are very powerful..hah.. =D

Pocket said...

Tang part maafkan tu susah sikit.
Tp kalau buleh wat memang lah buleh
Settle banyaaaak perkara :D

syabab said...

pocket>yeah i knoe is not easy to forgive after for wat hve done but take a small step to learn to forgive insyaAllah everythin gonna be well jz small step...dont go beyond it...

macam2 iklan