ukhwah syabab

Thursday, September 29, 2011

Keyakinan VS Bongkak

minggu ni kelas aku penuh ngn citer2 melibatkan medical terminology, presentation n anythin to do wif exam...
maka bersawanglah blog ini tuk seketika.. hehe
hari ini aku jz nk cakap tentang keyakinan n kebongkakaan(err..tul ke aku eja ni.. -.-")
bila cakap sal keyakinan mestilah kita cakap tentang diri kita yg hebat (ye ke? )
xlah... tp keyakinan kita ni benda yg kita nk build tuk melawan sifat rendah diri..
yela... tp keyakinan mesti akn jumpa ngn kobongkaan...
xcaye?xcaya xper... nak gtau gak tuk korg caya...haha
yer korg tgklah mana2 drama bek melayu ka cina ka even barat pon mesti selalunya org jahat jumpa org bek... (oke pe kaitan lak ngn rendh diri n bongkak lak).. yelah... korg tgk selalu watak org jahat mesti bongkak takbur riak..papelah yg ade "ak" kt hujungnya...huhu.. n yg baik mesti innocent giler beb.. merendah diri... tp sbb punya keyakinan tinggi dia kalahkn watak jahat yg bongkak... oke fine tu sume kt dunia drama not real..oke back to real life story...hihihihi
kalo kt dunia lak kekdang uh kalo kita terlalu berkeyakinan tinggi.. kita kekdang xsedar kita sedang berbongkak ngn diri kita sendiri... kuasa keyakinan tinggi uh aku anggap cm kuasa power ranger.. (err...sbb aku minat sukati aku lah... lalalala~~) kalo salah gune kuase uh maka kite pon akn salah langkah...
nk bg nampak mudah kita try nilai diri kita..pernah xkekadang uh korg terlalu yakin smpai kn tidak ambil endah pendapat org lain(terasa aku -.-" )... kenapa benda uh belaku??? sbb kita terlalu yakin...
terlalu yakin itu tidak salah tp kekdang mendtgkn kebongkakaan yg akhirnya menyebabkan kita tersungkur kelembah takbur n riak...perrghhh sekali lg ayat nk sedap...
so kat sini nk pesankn kt diri sendiri n teman2 bahawa setinggi manepon anatomi n fisiologi badan kita... setinggi mana pangkat n darjat kita...
setinggi mana kuasa n pengaruh yg kita ade...
setinggi mana pon prestasi kita dlm peperiksaaan..
setinggi mana pon pencapaian yg kita capai....
ingatlah bahawa ade insan
lagi rendah pangkat n darjat dr kita..
lagi rendah kuasa n pengaruh dr kita..
lg rendah prestasi mereka berbanding kita
lagi rendah pencapaian mereka berbanding kita..
aku selalu letakkan dunia ini ibarat bulan purnama...
kekadang sabit kekadang separa kekadang terus gelap bila tiada pantulan cahaya..
org lak selalu kata dunia ini ibarat roda kekadang kita di atas kita dibawah...
so walau ape pon yg kita lakukan janganlah terlalu merendah diri tp jgn terlalu yakin diri kerna menyumbang kpd takbur n riak....
igtlah kita ni sama je di sisi Allah... sapelah kita ni hanya sekdar perantau shje di ats muka bumi ini tuk mencari hidayah tuhan...

Kasih ibu membawa ke syurga..

salam, hari ini b4 nk citer entri sal diri sendiri... nk selitkan sebuah cerita tuk tatapan n pedoman tuk para pembaca semua... sering kali kita hidup kekdang kita akn terlupa ade insan yg paling sayang kita selain awek2 kt kampus tuu... (err... bajet ko hot la ni..) 
well xlah tp kekdang kite berkongsi cinta ngn org lain kekdang kita terlupa ade yg sgt2 mencintai kita semua... so renungkanlah citer ni... credit pade AMAN..


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ ... Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


jom doakan tuk mak ayah kita... 
"ya Allah ya tuhan ampunkan dosa kedua ibu bapa yg menjaga kami dr kecik hingga dewasa balasilah mereka dengan syurga"
ini benanya lagu yg selalu aku dendangkn... tp ini kt blog xleh nk rakam suara..hihi

Sunday, September 25, 2011

kepercayaan

alhamdulillah aku masih hidup di pagi yg indah ni...eerr pagi lagi ka... kantoi bangun lmbt.. XD
hari ni genap ulangtaun pertama aku deactivate facebook... itupon nk kene gtau satu dunia ka? -.-""
sekati la blog aku...hahaha.. aku jz nk mention arini aku telah mengaktifkn tuk seketika... malangnya ibarat mengorek khazanah yg telah lama ko tanam.. perrghh ayat nak sedap..haha
itu sbb aku deactivated semula... kekadang dalam hidup ni pe yg ko perlukan sedikit ketenangan tuk ko menjadi lebih bek dr semlm... itu yg cube aku praktikkan dalam hidup ni.. kekadang tuk peroleh ketenangan kenelah korban kan sesuatu..itu sbb aku korbankan Facebook... haha.. e'eleh t mesti activate lek.. hmm..mungkin akan kot kalo da bosan tahap gaban...hahahah..
btw np deactivate fb????
wahh soklan ni mcm soklan spm yg aku kene jawab mase ngh mek pmr (ceit!!)... lewh...ofcos la xleh jawab.. -.-""
ceit bajet cm ade org nk tanye jer soklan nie.. ade ku kisah...aku nk tanya gak...hahaha
kan td aku da ckp tuk peroleh ketenangan... facebook mang menyeronokkan dpt usha awek2 cun...hihihi..
dpt men byk game... n dpt jumpa teman2 lama... Tapi....hmm... dah agak daa mesti ade "tapi"... pe tapi nya???
ehmmm... cmni e nk ckp... bila ko da lame menjinakkan fb... lama2 ko rasa bosan..cm tuu kot yg aku rase.. hihihihih...
well xjugak... senang cmnilah mungkin melalui tips ni korg leh pikir sendiri r np aku deactivate fb..
pernah rase bosan tgk fb?
pernah rase cm fb waste plenty of time tuk ko bersama member2??
pernah xrase cm bila usha profile org lain rase cm xsedap ati??
ato rase pedih usha profile ex ko walaupon ko da xmutual fren ngn dia??
pernah rase cm byk musuh dr kawan dlm fb??
pernah rase cm fb ni sgt lembab...
weh xlarat aku nk tambah..korg tmbh la yg mane rase negatif tuu...
haaa..xhabis lagi..kalau beginila antara yg anda rase maka saya cadangkan jom deactivate fb...hahahah
sekurang2nya anda leh jd lebih tenang...or cr benda lain yg lebih baik tuk menenangkan jiwa selain fb...
kekdang betul jugak ckp lecturer aku satu ari nnti bila kita sume da tua t... pe jer bualan yg kene leh cite kt anak2 cucu t... mestilah bukan dialog cmni kan
"dulu atok men sepak takrow smpai tersepak pecah tingkap umah org,lepas tuu men kejor2 ler ngn jiran umah uh..haha"
n ofcos la bukan dialog nie
"zaman atuk dulu selalu sgt kene rotan ngn cikgu... yelah suka sgt terbang dr asrama... "
tapikan aku rase2 la dialog mungkin time kita da tua maybe cmni kot...
"atuk igt lagi dulu2 atok selalu men PES ngn Warcraft ngn kengkawan" -.-""
ataupon maybe dialog ni kot...
"atuk igt lg zaman atok,kami jarang bersua muka sbb sume pakai webcam :'( "
ehhmmm....bila difikirkan lek kita yg decide pe jenis manusia yg kita nk jadi... aku da pernah hilang teman...
da pernah hilang sahabat... tp tuk kehilangan ketenangan mungkin tidak..kerna ketenangan itulah yg menjadi tiang tuk aku teguh menghadapi hari esok... errr pe kaitan ngn soal zaman td... pikir sendiri...hehe
so pe kata kita hidupkan lek dunia seperti zaman perent or atuk nenek kita dulu... xkn nk terperuk depan lappy je kot... e'eleh ckp org yg ko tgh wat entri blog uh xlak mengadap lappy kn... errr...haha... sekali sekala tarehal...haha... so jom la jumpa2 n hangout together men variety of games yg kite leh kenang smpai ke tua.. 
itulah cara kita eratkan silaturrahim antara kita...hehe... senyum2 selalu.... (^_^)

p/s: maafla entri hari ni panjng menjelar lak...sje nk sakitkan mata2 korg...hihihi..

melankolik dusta nestapa

xsemudah itu mngejar mimpi
xsemudah itu mencapai apa yg di impi
masakan tidak
mau dilupa pon punya susah
inikan pula susah melupa
melankolik arini
bicara sadis dalam bicara
luntur kata fana tanpa pujangga
lihat satu dosa
mencinta satu dosa
inikan pula merasa
mau dilupa segala omongan
mau dibuang rasa benci
rase sadis
rase kasih
mau kembali kejalan
yg sewajarnya ditutur langkah
kembali mengenal pencipta

p/s: wat2 paham jela aku pn xphm pe aku merepek ni... :P

Thursday, September 22, 2011

Sahabat Ramadhan

salam, td aku blogwalking sempat usha ade satu entri tentang persahabtan... tetibe terigt lak si Dia..
perrgh cm igt awek lak..haha..xde la..
aku nk bercerita tentang seorg sahabat yg aku kenai dalam tempoh sebulan ramadhan... time uh kalo aku xsilap umo aku br 9tahun sama degn darjah 3 la an...
aku igt lg... time uh malam pertama terawih... aku lak habis buka pose n layan citer doraemon kt ntv7 .. lepas kul 8 mesti xsabo nk g surau.. itu time semngt r...hehe... besela budak2 agi... tujuan utama nk g terawih pon kalo bukan sbb moreh sbb nk g men ngn kengkawan...hihihi...


beselah budak2 kalo dtg surau igt nk men ja... sme la cm aku...hihihi... igt g dulu aku ni cm raja pecut gak la...hehe... dikalangn member2 r... da mang da sebati r dulu mang suka sgt men kejar2... papehal jer g surau mesti men polis n thief ato men sorok2... perrghhh smpai satu taman kami gune sbg tempat men sorok2..haha...
tengah2 seronok men kejar2 (sedangkn org kt dlm ngh terawih..hehe) time uh aku ternmpk la ade sorg mamat nie... baya2 aku... pakai jubah warna kuning... die usha jauh je duk kt bhgian luar surau...tgk kitorg men...
time uh tedetik lak ase cm nk ajq die men...

dia xnk men lak... kebetulan aku pon cm malas lak nk men... duk r ngn die borak2... well die ni rupanya sedang bermusafir ngn ayah dia... patutla sejak kebelakang uh aku asyik nmpk sekumpulan pakai jubah yg selalu iktikaf kt surau uh... sejak dr itu la kitorg asyik bersama...
sbbkan dia la aku mula kurangkn aktiviti bermain kejar time org ngh solat... kalo xjoin solat terawih pon...aku ngn dia akn duk kt anjung tgk bebudk len men... byk benda yg aku sembng ngn dia... aku xsangka die sentiase bermukim dr satu tempat ke satu tempat tuk merantau bersama ayah nya ngn sekumpulan musafir lain....


peerrgghhh aku terkesima ngn jawapan die bila aku tanya dia xgi sekolah ka... rupanya die menimba ilmu dengan cara merantau...aku tabik dia ni dr kecik di didik tuk jadi pendakwah... byk yg kami belaja dlm tempoh kurang dr 28hari perkenalan.... rasenye cm da setaun berlalu... ketawa sama gurau senda... byk yg aku belaja dr dia...
tetapi mase tul2 berlalu ngn pantas... aku lak nak lek kampung da ramadhan yg ke 28...selepas terawih.. itulah perkenalan yg paling sayu antara aku ngn dia... kebetulan dia ngn sekumpulan musafir len pon akn merantau ketempat lain pulak.... aku rase sedih sgt ye r shbt yg susah tuk ko temui bila hadir dlm hidup ko at ko rase bahagia... tp bila die pergi tul2 rase pedih..itu yg aku alami time uh... aku igt lagi ayat die... dlm usia yg cukup muda dia mampu ungkapkan kata2 yg indah...
"bertemu kita kerna Allah berpisah kita pon kerna Allah"...
dialah sahbat karib ku...
walaupon sehingga hari ini aku xtau pe yg terjadi kt dia sama ade masih hidup ke tidak... tp aku percaya n yakin bhwe Allah sentiase bersama ngn dia... spe tau mungkin sekrang die sedang menjadi imam muda yg menyampaikan dakwah... walau ape pon yg berlaku aku sentiasa doakan ko sahabtku...
selepas dr itulah... aku mula mencari pe makna persahabatan... mudah tuk mencari kawan tp mencari sahabt itulah yg paling payah... sehingga hari ini aku masih belaja mengenal hati budi manusia.. tp aku percaya n yakin masih ade lagi insan seperti ko sahabtku...  ADAM....

p/s: hargailah persahabatan kerna persahabtan mendidik kita menjadi insan yg lebib bek dr semalam...

Wednesday, September 21, 2011

exam pressure

esok aku ade exam... doakan aku yer... kekdang rase cm nk benti belaja ja.. susahnya subjek2 aku mek nie... biology human disease... let us work together tomorrow oke... tuk subjek ni je esok sekali harung ade exam pade waktu pagi n presentaion pd waktu petang...huhu..hanya tuhan jela yg tau penatnya cmne..
ya Allah berikn aku kekuatan... aku da rase cm nk mengalah je wat mase ni..huhu ini baru midexam da [ressure cmnie... kalo final...perrghhh..

Tuesday, September 20, 2011

Marah kew geram

hari ni maybe agak lousy(betul ke x perkataan ni..care aku describe bhwe hari ni sgt xbes..huhu)
even doe campus aku wat event which is open house... well dr segi makan mang aku king la da hbis sume aku lantak...well not really ade lg yg aku xcube... arrgghh!!!
haha...salah sendiri padan muka spe suh g men bowling... ooppppss!!! kantoi kn diri g men bowling...
hehe..
 
kalo ikotkn pon aktiviti open house uh xde pe yg dpt catch minat aku..tu yg aku terpengaruh ngn rakan sebaya uh..haha... well xtually ngn men bowling leh tenangkn jiwa... sadly benda tu xbelaku kn aku... aku jd angin nth xtau marah kew geram ngn pe yg terjadi smpai kn aku byk kali wat spare... please tolonglah tepuk tangan.... haha..1st time kot aku leh spare sebyk nie... mana xnyer men 4games... 
back to question np marah or geram?
hmm... benda yg selalu wat aku tertanya
kalo melibatkn pompuan in term of profesional punya work obviously they sholud done better than us...agree?
tp tidak dlm kes aku... ade certain attitude pompuan nie kekadang siyes wat aku rase nk kasi sebuku tgn jer... tp nasib bek dorg pompuan...huhu.. please la warga pompuan kami lelaki ni xmampu nk marah lebih2 kang meleleh air mata... itu yg aku geram uh... haa masuk x jln citer nie??haha... siyes doe kog bygkn korg suppose to make meeting pade waktu2 berikut tp dorg wat hal x ka perit?huhu... sbb itulah aku xsuke bekerja ngn pompuan dorg sgt leceh...im sorry no offense oke...ini kes bg certain pompuan yg perangai cmni... papehal t mulalah gunekan "kuasa wanita" mereka tuk dpt simpati org ramai... arrrggghhhh!!! 
woman,why make our life more miserable... cukup2 la yg da ade awek pon payah nk layan karenah dorg..inikan pulak dlm profesional work...
well again gurlz... aku xmampu nk marah n itu wat aku geram sbb korg insan yg lemah yg kalo kami marah nmpk cm kami yg dayus...so fikir2 la sendiri... bila da involve profesional works please la coperate... btw korg mampu menjadi insan yg mampu leh menaikkan pointer aku ataupon mampu menjahanamkn pointr aku kalo korg coperate atau tidak...huhu
woman..woman..woman..dats will be my next entri... oke chow!! nk tido lu sbb mesti ase lega ckit...huhu

Sunday, September 18, 2011

Tidak semua benda kita mampu miliki.. TETAPI...

xsume benda mampu kita milki tp byk benda yg akn kita ratapi...
itulah perkara yg asyik bermain di minda aku... hmm...
dalam hidup ni selalunya kita tidak akn dpt pe yg kita nak...
hakikatnya ramai yg kejar benda yg xdimiliki..
contoh?
ehhmm... oke mcm org asia suka berkulit cerah..
sbb tuu ramai yg beli produk nk cerahkn kulit..
tapi org berkulit putih mcm kt barat nk kulit gelap macam org asia..
betul x?itu yg aku mksdkn xsemua benda kita mampu miliki..
kalo dr sudut lain.. ade org inginkan kehidupan yg mewah tetapi ade yg sudah mempunyai kehidupan mewah ingin kehidupan yg sederhana...
kekdang kalo difikirkan balik...bnyak benda yg xmampu kita miliki tp itulah benda yg kita kejar...

"oke pe kaitan ngn byk benda yg kita ratapi?"

dalam hidup ni bila kita da selalu mengejar benda yg kita xleh miliki kekadang kita lupe ade benda disekeliling kita yg kekadang uh kita abaikn... sedangkn benda itulah benda yg kita sudah miliki...
tapi sedih kita hanya akn ingat benda yg kita miliki setelah benda itu pergi... itulah benda yg kita selalu ratapi...
hehe... maaflah ayat mcm jiwang so mungkin ade yg xpaham...
kita mek contoh.. "cinta"...
dalm percintaan benda paling payah tuk kita hadapi adelah kekecewaan... bila sang lelaki mahupon sang pompuan di ambang kekecewaan,maka salah sorg pasti akn kecundang n berharap cinta itu akn kembali... maka mereka menunggu cinta itu kembali samalah seperti mengejar benda yg xmampu kita miliki...
bila mereka mengejar benda yg mereka xmampu miliki.. ade insan len yg menghargai mereka lebih bek dr org yg menyebabkan diri mereka kecewa... tetapi sedih dalam taksub mengejar benda yg xleh miliki sang lelaki atao sang pompuan uh mudah melupai insan yg sentiase disamping mereka saat mereka diambang kekecewaan... tp bila insan2 ini tiada lagi tika itulah mereka baru sedari...malangnya sudah terlambat...
sbb itulah tak semua benda kita mampu miliki tapi byk benda yg mampu kita ratapi...
jadi hargailah mereka disekeliling kita..
hargailah pe yg kita ade
bersyukurlah dengan pe yg kita ade
mungkin kekurangan yg kita ade itulah kelebihan kita berbnding org len...
jangan rase sedih..kecewa mahupon derita...
fikirlah bahawa anda ade pe yg mungkin org lain xde...
jadi hargailah... salam ukhwah... (^_^)

pujangga pagi ahad...

"susah tuk mendapat kebahagiaan tetapi bila kite membahagiakan org lain nescaya kite peroleh kebahagiaan walaupon kebhagian itu memerlukan kita utk berkorban.. maka berkorbanlah tuk melihat org disekeliling kita bahagia"

Saturday, September 17, 2011

mencintai itu perit tp dicintai itu lagi perit...huhuh

amcm tajuk? jiwang kan... sepadan la ngn header blog ni..hehe
hari ni aku nk bercerita tentang percintaan..
percintaan itu memang sangt indah...
tapi bila kita mencintai org yg salah..
mencintai org yg kita tidak boleh cintai...
org yg kita tidak layak untuk nya..
itulah percintaan yg paling perit..
kerna saat inilah nafsu cuba bermaharajalela..
memaksa meneruskan cinta terlarang...
walaupun hanya ekdar perasaan..
namun dr perasaan itulah akn wujud dosa..
secara beransur ansur..
mahu atau enggak..
perasaan itu harus dipudarkan..
namun memudarkan perasaan itu tidak semudah memadam tulisan di atas kertas...
hakikatnya perit tuk memadamkn perasaan kerna ia lahir dr hati 
dan pancarnya melalui jiwa... 
tuk memadamkn dr hati yg lahir dr jiwa sememangnya tidak boleh
oleh itu
pe yg mampu dibuat hanyalah menyeksa mata
menyeksa jiwa
agar tidak meneruskan perasaan cinta...
itulah yg di kata mencintai itu perit tp dicintai itu lagi perit...huhuh

Thursday, September 15, 2011

Sekali Lagi...

sekali lagi..
ingin merase di hargai...
ingin merasa di cintai...
ingin merase di selami..
ingin merase di surami..

mungkin sekali lagi...
untuk merase nikmat pertemuan...
seindah pertama kali bertemu...
agar pertemuan itu akn kembali segar..
seperti pertama kali...

sedih sekali...
sekali lagi itu tidak akan ada...
kerna manusia itu di beri satu saja peluang..
setelah peluang itu disalahguna..
akhirnya hanya mampu balas dengan linangan air mata...


Wednesday, September 14, 2011

pabila mahasiswa bercinta dengan buku

salam semuanya...hari ni nk bercita sal life as siswa yg kekdang uh sgt anoi.... currently my life da supe cm robot.. time siyesly packed giler... full of esement n task... currently ngh waitin for EXAM... huhh!!!
sgt2 packed sehingga memakse ku mencuri mase tuk mengisi entri pade hari ini..hehe...
well ini yg berlaku bila aku dengar perkataan exam...

pe yg aku akn wat ialah cube tuk bace lecture note yg kekdg aku pon xbpe nk phm...hehe... well aku rujuk lappy instead of kertas sbb sume lecture note aku adelah soft copy... kekdang uh bce smpai sembam (betul ke perkataan ni..hehe) bijik mata aku....huhuh... is hard kekdang uh bila ko bce bak nak rak end up ko foerget sume benda uh time exam... sedih xsedih uh...itulah namenyer rezeki..kekadang kite berusaha cume bukan time tue kite peroleh kejayaan tp itu xmenandakan kite patut give up... never give up bebeh.. bak kate member aku...hahaha...

sometimes bila org len ngh stress ngn exam jalan mudah yg aku akn mek ialah...

men Badminton... well nk men pon kene tgk member ade member yg kuat stdy xleh kaco r..kene cr member yg kuat men..hahah... sedikit sebyk bila men badminton beri aku kelegaan walopun sementara... hidup ni xleh la stress sgt t cepat tua... xmau2...hahah... bukan takat tue je bila stress t sume benda jd xkene ade je penghalang hidup... itu yg xsyok nyer....

well benda paling aku xberkenan bila aku da stdy mcm giler2... giler la sgt an... mcm budk dibawah...haha
tapi end up exam terpakse dipostpone...xke ase cm arrrgghhh... well mang la ase lega exam xberlaku pade aritu tp in the end kene gak tempoh... tp bila ko dh stdy giler2 tp exam ditangguhkn sedikit sebyk menghilangkn mood nk stdy semula... 
tapi walo pe pon yg berlaku igtlah hidup siswa nie xsemudah yg disangka... pade yg baru mengenal menara gading... tuk peroleh segulung ijazah bukanlah benda yg mudah... perlukan usaha dan tawakal.... maka jgn lupe tuk menelaah kengkwan... go for it... u guyz can survive... chiayok r!!!!

Wednesday, September 7, 2011

Nak Kutuk Tu Berpada-padalah!!!!!


Pernah x soklan nie terlintas pade pikiran korg?? hmm hari ni aku nk bercakap tentang kutukan ataupun cacian yg sering disalah tafsir dalam bentuk gurauan akhirnya leh menyebabkan seseorg tuu akn tertekan...
perkara ni bukanlah perkara yg luar biasa... benda ni berlaku dalam rutin setiap individu.. kekadang dalam keadaan xsedar(yeke xsedar?? .... ) kite ter cakap sal keburukan seseorang...
dalam dunia ni banyak jenis cacian,makian,penghinaan,  malah penganiayaan yg sering ditujukan pade insan2 yg sering jadi bahan....
seringkali kita dgr ade yg di kutuk kerana warna kulit, ade yg kene kutuk sbb bangsa, ade yg kene kutuk sbb agama, n ade yg kene kutuk sbb fizikal mereka.. bagi org yg mulut macam lazer yg sekali ckp makan dalam perabih uh maybe dorg rase xde pape n jz kutuk2 for fun... STOP!!! benda yg korg rase lawak maybe xlawak aw pade org yg kene kutuk tuu... pernah x korg fikir? well maybe korg xpernah fikir sbb seronok bila bahan org len... pe yg aku nk highligght kn kt sini xsume benda kite leh buat lawak...
cth pasal warna kulit... ko putih ko cantik..ko gelap ko hodoh?? mentaliti mane dtg nie... npe n salahkn warna kulit seseorg n dijadikan sbg ukuran?silapkah seseorg itu gelap? pernah korg fikir x xde manusia yg ingin di labelkan benda yg die xinginkan? kite sume akui xde manusia yg sempurna tp pernahkah kite terfikir tindakan kite melemparkan kutukan kepd seseorg membuatkan org yg kene kutuk tue yg rase memang dielah yg xsempurna tp org yg mengata tuu sempurna...
kekdang uh yg paling aku cukup2 benci bila ade org yg kutuk kekurangn fizikal seseorg... xkisah laa org tuu buta ka kaki cacat ka ato mane2 anggota cacat ka... spe kite nk kutuk kekurangn seseorg?? well ko sempurna cukup sifat..bersyukur lah... tp jgn ckp kt org yg kurang sempurna tuu cmtu.. kekadang aku rase manusia cmni lah yg membuatkan nilai kemanusiaan tuu hilang.. aku melihat org2 yg kurang upaya bukannya org yg lemah... tp bagi aku dorg insan teristimewa bukan org kurang upaya... bila istimewa mksdnya dorg ade kelebihan masing2... dorg pon nk dihargai seperti manusia len... kekdang yg membuatkan mereka ni berkeyakinan rendah sumenye sbb mulut2 jahat yg xleh terima perubahan mereka nie...
pe yg aku try nk smpaikn kt korg ialah STOP KUTUK KELEMAHAN ORANG LAIN... fine korg sempurna... tp jgn kutuk sal warna kulit org len...jgn kutuk bangsa or agama org len... jgn kutuk kekurangn fizikal org lain n BERHENTILAH DR KUTUK ORG UH... CERMIN DIRI LU KALO NK PERASAN BAGUS... pernah x krg terfikir berapa ramai insan2 yg mengalami masalah psykologi hanya kerna menjadi mangsa kritikan?? yup memg kritikan tuu menjadikan seseorg lebih baik tp kalo kritikan tuu terus menerus secare negatif korg xterfikirkah impak pade org yg terkena tuu??so selepas ni marilah same2 muhasabah diri... bersederhanalah dalam membuat lawak... fikirlah hati org len bila kite ngh bercakap...
ps/: wahai insan2 teristimewa andalah penyabar yg terbaik kerna anda belaja utk tabah hadapi semua pandangan serong manusia lain... andalah insan2 yg berharga... jgn give up..teruskan hidup.. (^_^)

macam2 iklan