ukhwah syabab

Tuesday, June 29, 2010

Bongkak

ak peroleh citer ni dr seorg muslimah.. sekadar renungn... mungkin saya dan anda pernah ato sknk ni menjadi org bongkak... sama-sama kita muhasabah diri.. astagfirullah..



"aku tak faham kenapa diorang sangat jeles dengan aku? tau la aku nih pandai.. diorang semua tak layak nak jadi kawan aku. setakat orang-orang bodoh macam tu tak layak jadi kawan aku..!"

panas telinga bila dengar . .
sombong gila dia nih . .
astaghfirullah . .

kenapa kita terlalu angkuh dengan apa yang kita ada? pangkat, harta, dan rupa yang kita miliki adakah itu cukup terbaik?

aku yang selalu di bandingkan. . .

"eh, berapa harga tudung kau? mesti murahkan? aku tak pakai yang murah-murah nih . ."

"maaf la, aku kene pakai baju branded . . nanti kulit aku gatal . ."

semua tu jadi ukuran.

**************************

ingatkah kita? saat kita mula2 datang kat dunia nih?
apa yang kita bawa pada dunia?
seurat benang pom tidak.
bila kita sampai ke dunia kita di beri segala. dari awal pagi kita bangun sampai malam kita nak lelapkan mata. pernahkah kita hintung apa yang Allah berikan pada kita?

belum sempat kita membilang waktu kita sudah di jemput pulang. saat kembali apa yang kita bawa? adakah harta yang kita bangga2 kan? adakah rupa yang cantik yang selalu kita megah2 kan? adakah akal yang selalu mati kerana kemaksiatan? apa lagi yang kita akan bawa sebagai bekalan kalau bukan amalan yang hanya sebesar biji sawi yang akan tubuh atau tidak jika di tanam. itukah yang kita nak banggakan?

kalau sekarang kita bole bangga. punya kawan yang ramai, yang kaya raya, yang hebat dari segi personalitinya, isteri yang cun melecun, anak2 yang bernas2 akalnya. bila kita di panggil 'pulang' semua tu akan turut sama? mereka sekadar menghantar di bibir liang lahad dengan air mata.

saat tu . .
mana harta yang menggunung yang kau himpun?
mana isteri2 yang selalu kau puja?
mana anak2 yang selalu menghiburkan?
mana pakaian yang kau banggakan?
mana? mana?

sekadar beralas kain kafan. tu pom nak bangga ker?
penah ker kita fikir cukup ker amalan kita selama nih?
apa yang aku buat nih dosa ker pahala?

kenapa kita selalu bangga dengan apa yang kita ada?
rumah besar, hp besar, baju besar, kete besar dan segala yang besarlah.
padahal sume tu kita pinjam jer . .

PINJAMAN SEMATA-MATA

barang pinjam jer bhai...

sama2 la kita muhasabah diri kita.
siapalah kita yang kerdil lagi hina nih..
amalan entah cukup ker tak.
kalau kita tidow malam nih dan kita da tak bangun macam mana?
takkan nak tunggu matahari nak ke barat baru nak taubat?

"ya Allah... ampunkanlah segala kekhilafanku. sesungguhnya aku hamba mu yang lemah yang tidak berdaya dan selalu melakukan dosa. ya Allah, sungguh aku takut akan api nerakaMu. ampunkanlah aku Ya Allah."

No comments:

macam2 iklan