ukhwah syabab

Sunday, October 30, 2011

Hanya kerana nilai Rm20...


alkisah seorang insan bernama Imran, setelah isterinya meninggal dunia sejak 3 bulan yang lalu,Imran menjadi bapa tunggal yg terpaksa memikul beban tugas seorang ibu dan bapa untuk menjaga anaknya Adam.

kasih abadi yang dibina atas mahligai cinta tidak pernah diharap Imran begini penghujungnya.. teringat Imran permintaan terakhir isterinya agar Imran meneruskan kehidupannya mendidik anak yang baru sahaja mendaki usia 10tahun....

kepenatan dan keperitan membesarkan anaknya itu bukan suatu tugas yang mudah....
disaat dia ingin meneruskan kehidupan tanpa isterinya....
disaat itu jugalah Adam mengimbas memori kasih isterinya itu...

Adam, anak yang tidak mengerti apa yang sedang berlaku dalam hidupnya....sudah pun kehilangan kasih sayang seorang ibu...
namun, dia tidak memahami semua itu...dia hanyalah seorang kanak-kanak....
" Ibu.....Ibu...Ibu...." 
perkataan itulah dituturnya semenjak melihat sekujur jasad yang diselimuti kain kafan... Adam tidak menyedari bahawa itulah kali terakhir dia dapat menemui seorang insan bernama ibu..

Namun apakan daya...
dia hanyalah seorang anak kecil yang masih tidak memahami erti perpisahan..
.....................................................

Imran, pulang ke rumah dengan lagaknya yang kelesuan,diluruti beg laptopnya di atas meja dan menyandarkan badannya di sofa,dia termenung jauh...
barangkali memikirkan masalah pejabatnya atau masalah meneruskan kehidupan yang mendatang...

tiba-tiba...
anaknya Adam menempa dan membuat Imran tersentak dari lamunannya tadi...

Adam memicit-micit kepala ayahnya...
lantas bertanyakan....

"Abah , kenapa balik lewat sangat?Adam takut duduk sorang-sorang"

Imran melurutkan tangan anaknya itu dan digengamnya
" Adam, abah terpaksa keluar bekerja untuk kehidupan kita dimasa hadapan...semua ini untuk Adam..."
Hanya ungkapan itu sahaja yang mampu dituturkan oleh Imran...
dan kata-kata itu jugalah sering diulangnya setiapkali anaknya menanyakan soalan yg hampir sama...

"Abah, berapa gaji abah sejam?"

Tercenggang Imran bila ditanya sebegitu oleh anak yang kecil...

Imran merenung tajam kearah anak mata anaknya itu...
"Adam, xperlu ambil tahu pasal abah,abah kerja untuk Adam !"

Adam, dengan perasaan yang berbaur itu...pantas melangkah ke arah bilik dan menutup pintu....
Imran sedar tindakannya tadi sudah mengecewakan anaknya itu...
Namun, kenapa Adam bertanyakan soalan sebegitu?bisik hatinya.

Lantas Imran ke bilik anaknya untuk membetulkan keadaan kerana dia tidak mahu anaknya rasa seperti tidak disayangi.... sambil memeluk anaknya Imran menutur bicara..
"Adam, maafkan Abah tinggikan suara pada Adam tadi..."
"boleh abah tahu kenapa Adam tanya soalan macam itu?"

Adam pon memandang ayahnya,dengan suara penuh sayu Adam bertutur kata..
"Abah, Adam cuma nak tahu jer......." 

"Ooo...RM 20 sejam...." Jawab Imran untuk menenangkan anaknya.

"Boleh Adam minta Rm 10?"
makin terpana Imran bila anaknya meminta duit sebanyak itu.....
Namun, akalnya membayangkan mungkin anaknya ingin membeli peralatan sekolah....

Lalu dikeluarkan duit RM 10 kepada anaknya...

"Terima Kasih Abah..."

Adam mengambil gumpalan kertas dibawah bantalnya...
lalu dibukanya berhati-hati...
rupanya satu keping RM 10 dikeluarkan Adam...

"Abah, ambil nie, RM 20 sejam, Adam sudah lama tidak dapat bersama dan bermain dengan Abah...Adam selalu tengok kawan-kawan Adam dekat sekolah...ayah diorunk selalu datang ambil...Makan sama-sama..."

"Sebab itulah Adam minta Rm 10....untuk cukupkan RM 20.....Adam harap esok abah akan luangkan masa sejam hanya untuk Adam..."

p/s: bercinta itu mudah berkahwin itupun mudah tapi untuk mendidik anak bukanlah semudah bercinta dan berkahwin...

6 comments:

Ain Atika Zailani said...

huaaaa...sobs sobs,,,sedih kan kalau parent x dapat luangkan masa untuk kite masa kite perlukan die. huhuhu

Asrul "iLham" Sany said...

cerita yg menarik...

thanks 4 visiting my blog, udah follow blog kamu.

join my contest ya kalau free

:D

syabab said...

Ain Atika Zailani > yup2 sgt sedih... tp kita kene paham kesibukan ibubapa jugak.. hmmm...

Asrul "iLham" Sany > thx bro.. t kami renung2kan pelawaan bro uh..hehe

dhiera said...

sobsobs...
sedih pula baca cerita ni. seorang anak yang kena bayar rm20 untuk bersama seorang bapa~

Hanie_Dew said...

tacing entry ni. kebanyakkan stail hidup skrg camtu kan. niat nak keje utk bagi ckup makan pakai tapi tak sedar masa sudah dicurik oleh kemewahan dunia.

jue dah tak ok la plak. td dia reply msg dia kene ambik drah lagi. doc yg tak nak than dia semalam. now tgh tgu dia reply balik.

Bella Bell said...

abah.. nak pinjam masa abah boleh? :(

macam2 iklan